Penjejak Tegar

Malam terus diselubungi sepi. Kedengaran sayup-sayup salakan anjing dari kejauhan menambahkan lagi aroma malam yang penuh misteri. Misteri alam yang tidak terungkai. Mataku ketika itu mula terkejip-kejip minta direhatkan. Aku menguap panjang untuk kesekian kalinya. Lalu aku mengambil keputusan untuk menutup seketika naskhah Hikayat Hang Tuah yang aku mula selak usai solat Isyak sebentar tadi. Rakan sebilikku Izham masih belum pulang dari perbincangan tugasan kumpulan dengan teman sekuliahnya. Aku terus terlena sebaik sahaja merebahkan badan di atas katil.


Tiba-tiba aku dikejutkan oleh puputan pawana yang meresapi sehingga ke tulang-temulang. Aku terpana sebentar sebaik sahaja mencelikkan mata. Diriku bukan lagi berada di atas katil di bilikku, tetapi di suatu tempat yang begitu asing. Dari kejauhan aku melihat sebuah bangunan persis istana lama yang begitu cantik tersergam indah dikelilingi oleh rumah-rumah kecil di sekelilingnya. Orang ramai yang lalu lalang kelihatan begitu asing di pandangan mataku kerana mereka berpakaian seolah-olah seperti pendekar dari zaman lampau. Sepasang iris coklat cair milikku tertancap pada sekumpulan orang yang berjalan menghampiriku


Hati ingin bertanya tetapi mulut terkunci rapat bahana fikiran masih lagi kebingungan. Aku menghela nafas panjang. Mindaku baru sahaja menangkap satu perkara. Suasana yang aku alami kini sama seperti apa yang aku baca dalam buku Hikayat Hang Tuah sebelum aku melenakan diri. Memang aku akui bahawa ketaksuban aku kepada lagenda Hang Tuah itu menjangkaui segalanya. Aku telah memutuskan untuk membuat satu kajian tentang hikayat hidup Hang Tuah dan menjadikannya sebagai tugasan tahun akhirku di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Fikiranku kembali menerawang. Tanpa kusedari, kakiku melangkah perlahan-lahan sehingga aku kini berada di luar istana tersebut. Hajatku untuk menjengah masuk terbantut apabila melihat beberapa orang pengawal sedang mundar mandir di perkarangan istana tersebut. Kesemua pengawal itu kelihatan memegang lembing di sebelah tangan kanan manakala jamung yang mekar berapi tiu berada dalam genggaman tangan kiri mereka.


Mataku tiba-tiba tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berada di salah satu jendela istana itu. Susuk tubuh itu kelihatan sedang berdiri tanpa berganjak langsung. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya menjuruskan pandangan ke hadapan. Aku benar-benar terkesima. Wajah itu mengingatkan aku kepada figura watak Hang Tuah lakonan M. Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang yang telah berulang kali aku tonton tanpa jemu sebelum ini. Apakah…?

8 comments:

Siraj
saya dapat rasakan bakat menulis yang ada pada Siraj. ia harus digilap!
memang cliche. kecuali, dimulakan terus dengan watak saya berada di istana. perhalusi senibina, rekabentuk istana Melaka. buat penyelidikan. kemudian baru temukan dengan HT dengan konflik yang mahu dikemukakan.
mana watak ahli ilmu hisab?

Terima kasih Dr.

Saya memang berniat untuk memperincikan seni bina istana melaka itu. Tp belum buat kajian.

Sy belum terfikir untuk merencanakan watak ahli ilmu hisab dalam cerpen ini.
Insya Allah jika ilham mendatang, watak itu menjelma jua.

salam..menarik...sy msih ktndsan idea..:(

Slm Solehah,

Idea penulisan saya masih samar-samar sebenarnya..

Semoga kita semua dikurniakan ilham yang luar biasa dari-Nya..InsyaAllah..

wow ayat awk mmg menarik,cmne awk dapat hsilkn ayat cmni ye?

harapnya begitula....insyallah..
bila nak sambung cita, xsbr nk bca....

Arash,

Dari komen awk seolah-oleh sy telah menulis dgn begitu baik sekali. Hehe..

Sy byk buat rujukan dr cerpen2 penulis ternama lain..

Masih merangkak2 dlm dunia penulisan..

Solehah,

Harap bersabar.. Hehe..
Kesibukan diri menghalang untuk berimaginasi seketika..