Penjejak Tegar

Saya masih belum membaca cerpen Apabila Suara Hati Berbisik karya Siti Aisyah Mohamed Salim yang disiarkan dalam DS Jan 09.
Masih belum punya kesempatan waktu untuk ke PTSL.
Cerpen ini harus dibaca kerana merupakan salah satu tugasan yang diberikan oleh Dr. Mawar untuk minggu ini.
Tetapi sedang saya melayari internet, saya terjumpa satu cerpen yang pernah disiarkan dalam DS Mac 07.
Rahsia Hatimu karya Ainul Muiayanah Muhammad Sulaiman.
Saya sudah terlalu biasa membaca cerpen yang bertemakan femenisme.
Namun, bagi saya cerpen ini agak menarik kerana pembaca dipersembahkan dengan pengolahan cerita yang bagi saya sedikit berbeza.
Permulaan cerita ini sangat menarik kerana penggunaan ayat yang pertama itu benar-benar menyentap perasaan saya ketika membacanya.
Pada awalnya, saya memang tidak menjangkakan ayat itu ditujukan kepada ayahnya.
Apapun, penamat cerita ini tidak terlalu klise seperti kebanyakan cerpen-cerpen karya penulis amatur yang lain.

p/s: Masih lagi mencari cerpen Mahar Asmara karya Fatimah Busu dan Tan Sri Tuah karya Shahnon Ahmad.

1 comments:

Siraj
saya fikir posting saya sudah disimpan, tapi tidak keluar pula. ada saya catatkan sumber cerpen Mahar Asmara dalam kumpulan Bunga-bunga Pulaum, DBP 2005.