Penjejak Tegar


Sy baru shj pulang sbentar td dr mengikuti lawatan industri yg dianjurkan oleh Jabatan Matematik utk pelajar2 thn akhir. Kali ini destinasi lawatan kami adalah Malaysia Airlines Academy (MAA) yg terletak di Kelana Jaya.

Setibanya di sana, kami diberikan taklimat ringkas berkenaan sejarah MAA dan peranan yg dimainkan oleh akademi ini. Selain itu kami jga diberikan informasi ttg peluang membina kerjaya bersama MAS bg lulusan Mathematics.

Usai taklimat, kami dibawa brjalan ke beberapa training centre yg terdpt di MAA utk bakal pramugara/i iaitu bhgian keselamatan/kecemasan (di udara, laut dan darat) serta grooming room. Rupanya utk menjadi seorang pramugari tdklah mudah. Mereka harus menempuhi latihan yg mencabar dr pelbagai aspek dlm masa 2 bulan sbelum layak terbang merentasi awan.

Apapun utk informasi, kpd rakan2 yg berminat utk bergelar pramugara/i, temuduga terbuka akan dijalankan pd 3hb Okt ini utk si dara dan 10hb Okt nant utk si teruna di MAA, Kelana Jaya. Selamat mencuba..

p/s : Foto2 tdk dpt dsertakan skali krn blum dterima softcopynya lg.. ;)

Pd entry sbelum ini sy ada menceritakan ttg tajuk cerpen sy iaitu "Gentayangan". Bagaimanapun, tajuk itu adalah berdasarkan plot cerita Hang Tuah sbgai seorang individu yg mempunyai ilmu kebatinan yg tinggi shingga mampu terbang mencecah awan dan terapung tanpa menjejak bumi.

Itulah apa yg dimaksudkan dgn "Gentayangan" sebenarnya. Tetapi, sperti yg sy katakan sbelum ini bhw idea garapan cerita sy mungkin berubah dari masa ke semasa. Itulah yg terjadi.

Sy akan umumkan tajuk terbaru cerpen sy dan sinopsis asas kpd idea cerita sy itu nant. Semoga Allah menetapkan hati sy utk memberi fokus kpd cerita yg 1 itu. Tidak berubah-ubah lg sehingga ke titik penamat.


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadan. Walaupun begitu dalam kalangan para ilmuan berbeza pendapat - adakah puasa enam ini dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau boleh secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat - puasa sunat ini boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini berdasarkan anjuran baginda Rasulullah SAW mengenai puasa sunat enam hari ini. Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walau bagaimanapun adalah lebih baik disegerakan pelaksanaan puasa sunat enam Syawal berdasarkan firman Allah SWT : "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." [Surah Ali Imran, 3 :133].

~Selamat menjalani ibadah~



Seminggu berada di kg menyambut ketibaan 1 Syawal 1430H mmg menyeronokkan. Apatah lg dpt berkumpul bersama ahli keluarga, bukan senang utk semua adik-beradik berhimpun sekali pd sesuatu masa.


Apapun, semua kenangan Syawal 1430H itu harus ditinggalkan di belakang. Perjuangan di semester ini mesti disambung kembali. Sesuatu yg pasti, peperiksaan akhir sem ini bakal bermula pd 26 Oktober nanti. Tinggal kurang sebulan masa yg ada utk menyiapkan diri.

Pd waktu yg sama, tugasan subjek Penulisan Kreatif juga mesti disiapkan sebelum peperiksaan bermula. Setelah seminggu Hang Tuah kutinggalkan, hari ini bermula kembali pelayaranku bersama Hang Tuah menuju ke suatu destinasi. Destinasi utk menyiapkan cerpen eksperimental itu.

Pd kelas terakhir sebelum cuti Aidilfitri, beberapa pelajar telah mengutarakan tajuk cerpen masing2 kpd Dr. Mawar.

1-"Lawsonia Inermis Buat Srikandi"
2-"Teteguk, Bulan dan Bintang" oleh Afiq
3-"Melastik Cinta"
4-"Tarian Terakhir Tuah" oleh Chris

Semuanya sangat menarik dan ada cerita tersendiri di sebalik tajuk masing2.

Setakat ini, saya menggunakan tajuk "Gentayangan" utk cerpen sy. Sy belum pasti sama ada tajuk tersebut akan dikekalkan atau mungkin berubah mengikut plot cerpen sy nant.

Sejak hari pertama Dr. Mawar menerangkan tugasan yang perlu diselesaikan oleh kami (pelajar2 Penulisan Kreatif) iaitu menulis sebuah cerpen bersifat eksperimental yang ada kesinambungan dengan Lagenda Hang Tuah, pelbagai sudut pandangan kreatif yang muncul dr dr. mawar serta idea bernas rakan2.

Ada yang ingin mencipta watak Hang Tuah sebagai saudagar rempah (menarik sekali),




Ada juga yang mengimaginasikan Hang Tuah sebagai sbagai pegawai polis (teringat kembali drama Gerak Khas),






Ada pula yang ingin menginterpretasikan aura Hang Tuah ke dalam watak ahli sukan di era kini (saya membayangkan Hang Tuah bermain tenis menentang Federer).





Ah, anda semua begitu kreatif sekali.

Bagaimana pula dengan kisah cinta Tuah dan Teja?
Mungkin ada yang ingin mencoret kembali ceritera itu dalam versi moden.

Tiba-tiba saya teringat saranan Dr. Mawar utk mewujudkn watak Hang Tuah sbagai ahli ilmu hisab. Saya cuba membayangkan Hang Tuah telah menemui suatu Teorem Matematik yang belum diterokai oleh sesiapa pada kurun tersebut.


Mungkinkah Teorem Minimaks dalam Permainan Strategi?
Atau mungkin Teorem Asas Aljabar dalam persamaan kuadratik?
Atau sekadar penemu pertama simbol "0"?

Apapun, semua itu memerlukan kajian yang menyeluruh agar penulisan yang dihasilkan dapat memberi "sesuatu" kepada pembaca.

InsyaAllah, saya akan membuat keputsan untuk menetapkan skop penulisan cerpen saya sebelum hujung minggu ini.
Pada masa sekarang, pelbagai versi cerita terangka dalam kepala saya tetapi tidak tahu yang mana satu harus diluahkan di atas kertas.

Setelah itu, barulah saya akan memfokuskan kepada perspektif Hang Tuah yang telah saya pilih.
Semoga Allah merungkaikan hijab yang membelenggu pemikiran saya selama ini..


Makam yang dihias indah untuk mengenang Laksamana Melaka yang telah berjaya mempertahankan Melaka dari segala serangan Siam dan Acheh serta mengangkat kedaulatan Melaka sebagai sebuah empayar yang disegani. Keberanian, kebijaksanaan dan ketangkasan Hang Tuah menjadikan beliau seorang lagenda yang disanjungi dan dihormati dalam sejarah Melaka.


"Burung nuri burung helang,
Tidak sama terbang tinggi;
Sekarang puteri berangkat pulang,
Bila pula berjumpa lagi?"
-Hang Tuah

"Kain buruk di tepi perigi,
Dibuat orang pengesat belanga;
Esok kita berjumpa lagi,
Tunggulah Teja di taman bunga."
-Tun Teja

Petikan daripada filem Hang Tuah (1956)

(1)
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

(2)
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

(3)
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

(4)
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

(5)
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

(6)
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Hasil Karya :

Sasterawan Negara
Usman Awang

Malam terus diselubungi sepi. Kedengaran sayup-sayup salakan anjing dari kejauhan menambahkan lagi aroma malam yang penuh misteri. Misteri alam yang tidak terungkai. Mataku ketika itu mula terkejip-kejip minta direhatkan. Aku menguap panjang untuk kesekian kalinya. Lalu aku mengambil keputusan untuk menutup seketika naskhah Hikayat Hang Tuah yang aku mula selak usai solat Isyak sebentar tadi. Rakan sebilikku Izham masih belum pulang dari perbincangan tugasan kumpulan dengan teman sekuliahnya. Aku terus terlena sebaik sahaja merebahkan badan di atas katil.


Tiba-tiba aku dikejutkan oleh puputan pawana yang meresapi sehingga ke tulang-temulang. Aku terpana sebentar sebaik sahaja mencelikkan mata. Diriku bukan lagi berada di atas katil di bilikku, tetapi di suatu tempat yang begitu asing. Dari kejauhan aku melihat sebuah bangunan persis istana lama yang begitu cantik tersergam indah dikelilingi oleh rumah-rumah kecil di sekelilingnya. Orang ramai yang lalu lalang kelihatan begitu asing di pandangan mataku kerana mereka berpakaian seolah-olah seperti pendekar dari zaman lampau. Sepasang iris coklat cair milikku tertancap pada sekumpulan orang yang berjalan menghampiriku


Hati ingin bertanya tetapi mulut terkunci rapat bahana fikiran masih lagi kebingungan. Aku menghela nafas panjang. Mindaku baru sahaja menangkap satu perkara. Suasana yang aku alami kini sama seperti apa yang aku baca dalam buku Hikayat Hang Tuah sebelum aku melenakan diri. Memang aku akui bahawa ketaksuban aku kepada lagenda Hang Tuah itu menjangkaui segalanya. Aku telah memutuskan untuk membuat satu kajian tentang hikayat hidup Hang Tuah dan menjadikannya sebagai tugasan tahun akhirku di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Fikiranku kembali menerawang. Tanpa kusedari, kakiku melangkah perlahan-lahan sehingga aku kini berada di luar istana tersebut. Hajatku untuk menjengah masuk terbantut apabila melihat beberapa orang pengawal sedang mundar mandir di perkarangan istana tersebut. Kesemua pengawal itu kelihatan memegang lembing di sebelah tangan kanan manakala jamung yang mekar berapi tiu berada dalam genggaman tangan kiri mereka.


Mataku tiba-tiba tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berada di salah satu jendela istana itu. Susuk tubuh itu kelihatan sedang berdiri tanpa berganjak langsung. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya menjuruskan pandangan ke hadapan. Aku benar-benar terkesima. Wajah itu mengingatkan aku kepada figura watak Hang Tuah lakonan M. Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang yang telah berulang kali aku tonton tanpa jemu sebelum ini. Apakah…?