Penjejak Tegar

Alhamdulillah..
Pagi tadi dah lepas jawab final Penulisan Kreatif. Macam biasa ada yang dapat jawab dan ada soalan yang tak tahu langsung. Sangat gembira kecewa di situ.

Apakah itu suara pocong polifonik?? Dr. Mawar ada menjelaskannya sebelum ini tapi saya langsung terlupa.

Sangat menyesal kerana tidak memberi tumpuan kepada nota yang diberi oleh Dr. Misran. Ada soalan yang diambil secara langsung daripada nota tu.

"The King died and then the Queen died." dan "The King died and then the Queen died of grief". Jelaskan.

Rupa-rupanya ada unsur kesinambungan plot di situ. Punyalah fikir apa yang dimaksudkan dengan soalan tu tadi.

Apapun, menda dah lepas. Sekarang cuma tunggu dan lihat apa gred yang melekat dalam slip result nant. Mana tahu kalo ada rezeki bleh dapat A++ B. Hehe.. Itupun dah kira bagus.

p/s: Baru dapat info dari blog Dr. Mawar ada bengkel penulisan di FSSK 13hb ni bersama Faisal Tahir Tehrani. Wow, sangat teruja nak pergi, tapi...


Janganlah kiranya engkau berkawan dengan 5 jenis manusia, janganlah pula engkau menjadikan mereka saudara :

  • Orang yang fasik ; kerana dia sanggup memukul hanya disebabkan sesuap makanan.
  • Orang yang bakhil ; kerana dia akan membiarkanmu, tidak menghulurkan hartanya kepadamu meskipun engkau sangat-sangat memerlukannya
  • Pembohong ; kerana dia bagaikan fatamorgana, dia menjauhkan daripada kamu orang yang dekat denganmu (sahabat) dan mendekatkanmu orang yang jauh daripadamu (musuh)
  • Orang yang tolol ; kerana dia akan cuba melakukan sesuatu yang bermanfaat bagimu, tetapi memudaratkanmu.
  • Orang yang memutuskan silaturahim ; sesungguhnya dia dilknat dalam kitab Allah.
-petikan kata-kata hikmah failasof

Selesai sudah garapan cerpen saya. Sudah siap dicetak dan hanya menunggu waktu untuk dihantar semasa kelas terakhir Dr. Mawar esok.

Apabila membacanya kembali berulangkali, terasa kerdilnya saya dalam dunia penulisan ni. Masih terlalu mentah kata orang. Saya bermula pun agak lewat iaitu setelah menjengah alam universiti.

Bagi saya semasa berada di sekolah menengah adalah masa yang sesuai untuk bermula bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Tapi masih belum terlewat bukan?

Apapun, 30% keseluruhan markah untuk segmen Dr. Mawar telah selesai. Begitu juga dengan 30% untuk bahagian Dr. Misran. Sekarang tinggal lagi 40% untuk peperiksaan akhir.

Saya hanya berpandukan kepada nota2 kuliah Dr.Misran dan ilmu yang diperoleh dlm kelas Dr. Mawar memandangkan latar belakang pendidikan saya dalam bidang yg berbeza.

Namun itu bukanlah masalah yg besar. Semoga apa yg disyarahkn oleh mereka selama ini dapat sy luahkn di atas kertas semasa menjawab soalan akhir 4 November nanti.

Berkenaan blog pula, walaupun ia dibina semata2 untuk subjek ini tetapi sy tidak akan menutup blog ini. Saya akan cuba utk terus menulis di blog ini selagi punya masa dan kesempatan.

CINTA

Cinta sebati dalam jiwa
Cinta menghancur jiwa raga
Cinta mengindahkan semua
Apakah sebenar erti cinta

Cinta titiskan air mata
Cinta memutuskan saudara
Cinta senyum gelak ketawa
Tiada dinafikan cinta

Di kala hangatnya cinta
Dunia itu indah
Kala mimpi hancur lebur
Harapan nyawa terkubur

Mengapa di mana apa siapa
Dapat menduga datangnya dan pergi

Kurniaannya itu indah
Walaupun kadang mampu meluka
Pelengkap jasad dan nyawa
Tak dapat dinafi hadirnya


Lagu/Lirik/Penyanyi : Waheeda
Album : Wassini (2005)

Salam 23 Syawal buat semua..

Alhamdulillah, cerpen karangan saya telah 95% siap dan kini berada dalam proses akhir untuk mencetaknya setelah siap proses pengeditan nanti.
Saya telah cuba utk memberikan sepenuh daya usaha kepada cerpen ini.
Selebihnya saya berserah kpd Dr. Mawar untuk menilainya.
Saya ada juga ingin memberikan rakan-rakan membacanya ttp rasanya biarlah dlu.
Risau juga sya dgn kritikan2 yg bakal terima. huHu..
Bila sy dah yakin dgn penulisan cerpen sy nant barulah sy bersedia utk itu..
Skrg tnggal lg 3 perkara penting sbelum menghadapi peperiksaan akhir sem.
Kuiz utk subjek Strategi dan Kawalan pd Khamis ini btul2 mnjadi fobia buat kami smua.
Semoga semuanya brjalan dgn lancar.

Jumaat nant pula tugasan Struktur Aljabar harus dihantar ke tgn Dr. Ghafur.
Sudah hampir siap pun. Tnggal lg beberapa soalan yg tdk dpt dselesaikan.

Minggu dpan pula (21hb) tugasan Strategi dan Kawalan mesti dhantar.
Masih belum dsentuh krn tdk tahu di mana harus brmula.Habis shj semua tugasan itu barulh sy dpt memberi fokus kpd peperiksaan akhir dgn tenang.



Dunia ini umpama lautan yang luas.
Kita adalah kapal yang belayar di lautan itu.
Sejarah membuktikan telah banyak kapal yang karam di dalamnya.
Andai muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa;
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.



Kebahagiaan itu menggambarkan keadilan Tuhan.
Tuhan mengurniakan jaluran pelangi yang berwarna-warni
menerobos sebuah kehidupan.

Sebagai hamba kita diberi duga;
ada warna bahagia, ada warna derita.



Bulan dan mentari bagaikan irama dan lagu; sentiasa bersama menyinari bumi. Bulan dan mentari saling memerlukan; ia saling memberi dan menerima sinarnya. Andai dipisahkan, gelap gelita seluruh alam. Namun, bulan dan mentari tidak akan bersatu kerana ia beredar pada paksinya sendiri yang tidak akan menemui titik pertemuan.


Persahabatan itu di hati,
walau bersendirian pasti ia menemani.
Setiap yang manis mampu dikenang,
walau tiada di mata kini,
ia hadir bila dirindui.
Kerana asasnya ia kekal di dasar hati.



Keindahan waktu pagi bukan kerana cantiknya matahari terbit tetapi kerana Allah masih mengizinkan kita untuk terus hidup dan menatap wajah-wajah insan yang kita sayangi...


Petang td lepas kelas sy ke pejabat fak untuk mengambil kad masuk peperiksaan. Ini bermakna ia semakin dekat, smakin hampir. Sejak minggu lpas lg sy mula mengira turun (countdown) kat kalendar hari-hari menuju peperiksaan akhir.




Sem ini memang antara sem paling mencabar setakat ini. 4 subjek wajib major yg sy amik mmg benar2 menguji seluruh jiwa ragaku. HuHu..



Bila sudah makin hampir ke penghujung ni, sy hanya boleh berusaha sedaya upaya dgn masa yg ada di samping bertawakal kpdNya. Semoga Allah mempermudahkn perjalanan akhir hidupku di sem ini..


Cinta yang panjang tak tercapai.
Kasih tak terlerai tapi tak tergapai.
Rindu tak terubat, wangi tak terhidu.
Bukan jauh, tapi tiada.
Segar dalam ingatan, tapi jasad tak tersentuh.
Kasih sayang bergelora, amuk badai kesetiaan tak berpenghujung.

Setiap apa yang kita lakukan mesti kena dengan caranya.


Nak buat minuman yang sedap ; gula, air, susu mesti secukup rasa.





Nak masak lauk, kena pilih bahan. Kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat. Untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati.





Semua kerja yang kita lakukan haruslah memberikan yang terbaik. Kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan.

Alhamdulillah, cerpen garapan sy kini sudah hampir siap. Tp, banyak lagi yg boleh diperbaiki utk mencantikkannya.

20092009. Itulah tajuk cerpen sy skrg dan InsyaALLAH sy akan mengekalkan* tajuk trsebut shingga cerpen sy siap spenuhnya (*kekal jika dpt kelulusan dr Dr. Mawar utk menggunakn tajuk tersebut).

Kenapa 20092009? Apa maksud di sebalik 20092009? Hrmm.. Sy tinggalkan persoalan itu kpd anda semua utk mentafsirkannya..

Tp mcm mana Dr. Mawar nak meluluskn tajuk cerpen sy kalau sy tdk menjelaskannya? Baiklah, di sini sy ulas sdikit ttg sinopsis jln cerita cerpen sy.

20092009 mengisahkan ttg kehidupan yg dilalui oleh sepasang kembar seiras lelaki yg diberi nama Tuah(abg) dan Jebat. Kisah bermula pd tahun 1979 apabila mereka dilahirkn.

Ketaksuban ibunya, Melur kpd lagenda Melayu klasik itu menyebabkan pasangan kembar itu mendpt nama sdemikian rupa.

Hubungan Tuah dan Jebat sngt rapat sehinggakn masing2 sanggup berkorban antara satu sama lain dlm banyak perkara. Namun, perjalanan hidup mereka teruji apabila smpai satu ketika Tuah telah mndendami Jebat krn suatu perkara.

Dendam Tuah bkn sekadar dendam. Ketaatan Tuah kpd nafsu yg merajai dirinya akhirnya membawa kpd suatu tragedi yg dahsyat kpd pasangan kembar itu.

Klimaks cerita berlaku pd tarikh 20/09/2009 (atau lebih cantik sekiranya dtulis 20092009), membawa sy utk menjadikan tarikh trsebut sbg judul cerpen sy ini.

Kisah Jebat dan Tuah ini merupakn asimilasi* kpd cerita Hang Tuah dan Hang Jebat pd kurun 1511M dhulu ttp diubah kpd btk moden dan menyesuaikannya dgn keadaan smasa. (*perbetulkan sy jika sy menggunakn istilah yg salah)


Sy baru shj pulang sbentar td dr mengikuti lawatan industri yg dianjurkan oleh Jabatan Matematik utk pelajar2 thn akhir. Kali ini destinasi lawatan kami adalah Malaysia Airlines Academy (MAA) yg terletak di Kelana Jaya.

Setibanya di sana, kami diberikan taklimat ringkas berkenaan sejarah MAA dan peranan yg dimainkan oleh akademi ini. Selain itu kami jga diberikan informasi ttg peluang membina kerjaya bersama MAS bg lulusan Mathematics.

Usai taklimat, kami dibawa brjalan ke beberapa training centre yg terdpt di MAA utk bakal pramugara/i iaitu bhgian keselamatan/kecemasan (di udara, laut dan darat) serta grooming room. Rupanya utk menjadi seorang pramugari tdklah mudah. Mereka harus menempuhi latihan yg mencabar dr pelbagai aspek dlm masa 2 bulan sbelum layak terbang merentasi awan.

Apapun utk informasi, kpd rakan2 yg berminat utk bergelar pramugara/i, temuduga terbuka akan dijalankan pd 3hb Okt ini utk si dara dan 10hb Okt nant utk si teruna di MAA, Kelana Jaya. Selamat mencuba..

p/s : Foto2 tdk dpt dsertakan skali krn blum dterima softcopynya lg.. ;)

Pd entry sbelum ini sy ada menceritakan ttg tajuk cerpen sy iaitu "Gentayangan". Bagaimanapun, tajuk itu adalah berdasarkan plot cerita Hang Tuah sbgai seorang individu yg mempunyai ilmu kebatinan yg tinggi shingga mampu terbang mencecah awan dan terapung tanpa menjejak bumi.

Itulah apa yg dimaksudkan dgn "Gentayangan" sebenarnya. Tetapi, sperti yg sy katakan sbelum ini bhw idea garapan cerita sy mungkin berubah dari masa ke semasa. Itulah yg terjadi.

Sy akan umumkan tajuk terbaru cerpen sy dan sinopsis asas kpd idea cerita sy itu nant. Semoga Allah menetapkan hati sy utk memberi fokus kpd cerita yg 1 itu. Tidak berubah-ubah lg sehingga ke titik penamat.


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadan. Walaupun begitu dalam kalangan para ilmuan berbeza pendapat - adakah puasa enam ini dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau boleh secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat - puasa sunat ini boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini berdasarkan anjuran baginda Rasulullah SAW mengenai puasa sunat enam hari ini. Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walau bagaimanapun adalah lebih baik disegerakan pelaksanaan puasa sunat enam Syawal berdasarkan firman Allah SWT : "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." [Surah Ali Imran, 3 :133].

~Selamat menjalani ibadah~



Seminggu berada di kg menyambut ketibaan 1 Syawal 1430H mmg menyeronokkan. Apatah lg dpt berkumpul bersama ahli keluarga, bukan senang utk semua adik-beradik berhimpun sekali pd sesuatu masa.


Apapun, semua kenangan Syawal 1430H itu harus ditinggalkan di belakang. Perjuangan di semester ini mesti disambung kembali. Sesuatu yg pasti, peperiksaan akhir sem ini bakal bermula pd 26 Oktober nanti. Tinggal kurang sebulan masa yg ada utk menyiapkan diri.

Pd waktu yg sama, tugasan subjek Penulisan Kreatif juga mesti disiapkan sebelum peperiksaan bermula. Setelah seminggu Hang Tuah kutinggalkan, hari ini bermula kembali pelayaranku bersama Hang Tuah menuju ke suatu destinasi. Destinasi utk menyiapkan cerpen eksperimental itu.

Pd kelas terakhir sebelum cuti Aidilfitri, beberapa pelajar telah mengutarakan tajuk cerpen masing2 kpd Dr. Mawar.

1-"Lawsonia Inermis Buat Srikandi"
2-"Teteguk, Bulan dan Bintang" oleh Afiq
3-"Melastik Cinta"
4-"Tarian Terakhir Tuah" oleh Chris

Semuanya sangat menarik dan ada cerita tersendiri di sebalik tajuk masing2.

Setakat ini, saya menggunakan tajuk "Gentayangan" utk cerpen sy. Sy belum pasti sama ada tajuk tersebut akan dikekalkan atau mungkin berubah mengikut plot cerpen sy nant.

Sejak hari pertama Dr. Mawar menerangkan tugasan yang perlu diselesaikan oleh kami (pelajar2 Penulisan Kreatif) iaitu menulis sebuah cerpen bersifat eksperimental yang ada kesinambungan dengan Lagenda Hang Tuah, pelbagai sudut pandangan kreatif yang muncul dr dr. mawar serta idea bernas rakan2.

Ada yang ingin mencipta watak Hang Tuah sebagai saudagar rempah (menarik sekali),




Ada juga yang mengimaginasikan Hang Tuah sebagai sbagai pegawai polis (teringat kembali drama Gerak Khas),






Ada pula yang ingin menginterpretasikan aura Hang Tuah ke dalam watak ahli sukan di era kini (saya membayangkan Hang Tuah bermain tenis menentang Federer).





Ah, anda semua begitu kreatif sekali.

Bagaimana pula dengan kisah cinta Tuah dan Teja?
Mungkin ada yang ingin mencoret kembali ceritera itu dalam versi moden.

Tiba-tiba saya teringat saranan Dr. Mawar utk mewujudkn watak Hang Tuah sbagai ahli ilmu hisab. Saya cuba membayangkan Hang Tuah telah menemui suatu Teorem Matematik yang belum diterokai oleh sesiapa pada kurun tersebut.


Mungkinkah Teorem Minimaks dalam Permainan Strategi?
Atau mungkin Teorem Asas Aljabar dalam persamaan kuadratik?
Atau sekadar penemu pertama simbol "0"?

Apapun, semua itu memerlukan kajian yang menyeluruh agar penulisan yang dihasilkan dapat memberi "sesuatu" kepada pembaca.

InsyaAllah, saya akan membuat keputsan untuk menetapkan skop penulisan cerpen saya sebelum hujung minggu ini.
Pada masa sekarang, pelbagai versi cerita terangka dalam kepala saya tetapi tidak tahu yang mana satu harus diluahkan di atas kertas.

Setelah itu, barulah saya akan memfokuskan kepada perspektif Hang Tuah yang telah saya pilih.
Semoga Allah merungkaikan hijab yang membelenggu pemikiran saya selama ini..


Makam yang dihias indah untuk mengenang Laksamana Melaka yang telah berjaya mempertahankan Melaka dari segala serangan Siam dan Acheh serta mengangkat kedaulatan Melaka sebagai sebuah empayar yang disegani. Keberanian, kebijaksanaan dan ketangkasan Hang Tuah menjadikan beliau seorang lagenda yang disanjungi dan dihormati dalam sejarah Melaka.


"Burung nuri burung helang,
Tidak sama terbang tinggi;
Sekarang puteri berangkat pulang,
Bila pula berjumpa lagi?"
-Hang Tuah

"Kain buruk di tepi perigi,
Dibuat orang pengesat belanga;
Esok kita berjumpa lagi,
Tunggulah Teja di taman bunga."
-Tun Teja

Petikan daripada filem Hang Tuah (1956)

(1)
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

(2)
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

(3)
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

(4)
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

(5)
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

(6)
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Hasil Karya :

Sasterawan Negara
Usman Awang

Malam terus diselubungi sepi. Kedengaran sayup-sayup salakan anjing dari kejauhan menambahkan lagi aroma malam yang penuh misteri. Misteri alam yang tidak terungkai. Mataku ketika itu mula terkejip-kejip minta direhatkan. Aku menguap panjang untuk kesekian kalinya. Lalu aku mengambil keputusan untuk menutup seketika naskhah Hikayat Hang Tuah yang aku mula selak usai solat Isyak sebentar tadi. Rakan sebilikku Izham masih belum pulang dari perbincangan tugasan kumpulan dengan teman sekuliahnya. Aku terus terlena sebaik sahaja merebahkan badan di atas katil.


Tiba-tiba aku dikejutkan oleh puputan pawana yang meresapi sehingga ke tulang-temulang. Aku terpana sebentar sebaik sahaja mencelikkan mata. Diriku bukan lagi berada di atas katil di bilikku, tetapi di suatu tempat yang begitu asing. Dari kejauhan aku melihat sebuah bangunan persis istana lama yang begitu cantik tersergam indah dikelilingi oleh rumah-rumah kecil di sekelilingnya. Orang ramai yang lalu lalang kelihatan begitu asing di pandangan mataku kerana mereka berpakaian seolah-olah seperti pendekar dari zaman lampau. Sepasang iris coklat cair milikku tertancap pada sekumpulan orang yang berjalan menghampiriku


Hati ingin bertanya tetapi mulut terkunci rapat bahana fikiran masih lagi kebingungan. Aku menghela nafas panjang. Mindaku baru sahaja menangkap satu perkara. Suasana yang aku alami kini sama seperti apa yang aku baca dalam buku Hikayat Hang Tuah sebelum aku melenakan diri. Memang aku akui bahawa ketaksuban aku kepada lagenda Hang Tuah itu menjangkaui segalanya. Aku telah memutuskan untuk membuat satu kajian tentang hikayat hidup Hang Tuah dan menjadikannya sebagai tugasan tahun akhirku di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Fikiranku kembali menerawang. Tanpa kusedari, kakiku melangkah perlahan-lahan sehingga aku kini berada di luar istana tersebut. Hajatku untuk menjengah masuk terbantut apabila melihat beberapa orang pengawal sedang mundar mandir di perkarangan istana tersebut. Kesemua pengawal itu kelihatan memegang lembing di sebelah tangan kanan manakala jamung yang mekar berapi tiu berada dalam genggaman tangan kiri mereka.


Mataku tiba-tiba tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berada di salah satu jendela istana itu. Susuk tubuh itu kelihatan sedang berdiri tanpa berganjak langsung. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya menjuruskan pandangan ke hadapan. Aku benar-benar terkesima. Wajah itu mengingatkan aku kepada figura watak Hang Tuah lakonan M. Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang yang telah berulang kali aku tonton tanpa jemu sebelum ini. Apakah…?

Saya masih belum membaca cerpen Apabila Suara Hati Berbisik karya Siti Aisyah Mohamed Salim yang disiarkan dalam DS Jan 09.
Masih belum punya kesempatan waktu untuk ke PTSL.
Cerpen ini harus dibaca kerana merupakan salah satu tugasan yang diberikan oleh Dr. Mawar untuk minggu ini.
Tetapi sedang saya melayari internet, saya terjumpa satu cerpen yang pernah disiarkan dalam DS Mac 07.
Rahsia Hatimu karya Ainul Muiayanah Muhammad Sulaiman.
Saya sudah terlalu biasa membaca cerpen yang bertemakan femenisme.
Namun, bagi saya cerpen ini agak menarik kerana pembaca dipersembahkan dengan pengolahan cerita yang bagi saya sedikit berbeza.
Permulaan cerita ini sangat menarik kerana penggunaan ayat yang pertama itu benar-benar menyentap perasaan saya ketika membacanya.
Pada awalnya, saya memang tidak menjangkakan ayat itu ditujukan kepada ayahnya.
Apapun, penamat cerita ini tidak terlalu klise seperti kebanyakan cerpen-cerpen karya penulis amatur yang lain.

p/s: Masih lagi mencari cerpen Mahar Asmara karya Fatimah Busu dan Tan Sri Tuah karya Shahnon Ahmad.

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari . Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patik Karma Vijaya bagi dijadikan gundik sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat atau Hang Kasturi, bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu Hilang di Dunia" yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Dipetik daripada :

Wikipedia Ensiklopedia Bebas


Salam..
Saya telah berjaya mencipta satu blog khas untuk subjek Penulisan Kreatif seperti yang ditugaskan..
Dengan terciptanya blog ini..
Maka bermulalah Hikayat Hang Tuah versi saya sendiri..

Terbit mentari di celahan gunung,
Mekarnya mawar menyeri halaman;
Hikayat Hang Tuah lagenda teragung,
Takkannya lapuk ditelan zaman.