Penjejak Tegar

"Tanpa ayat pertama tak akan ada ayat yang seterusnya." - Dr. Mawar Shafei

So, what?
So what of what?
Nothing...

Sem ni adalah the most miserable sem bagi aku.
Setiap minggu kerja-kerja memang tak pernah habis.
Dari laporan mingguan, tugasan dan termasuklah tesis yang sangat lembab aku gerakkan.
Ditambah pula dengan masalah UK, HK, LP etc etc etc...

Sekejap down, then bangun balik.
Pastu rasa cam down lagi n tak nak bangun-bangun.
Tapi tetap kena bangun jugak.

Isnin ni ada 2 paper midsem serentak.
Kul 2 paper PUAS then sambung kul 4 paper Isu Pilihan.
Nasib baik tugasan PUAS ngan MKK dah setle minggu ni coz sume tu kena submit Selasa depan.
So, wekend ni boleh fokus preparation for midsem.

Tapi Sabtu still kena gerak pergi fak jugak.
Pagi ada discussion tugasan Falsafah n petang lak ada career talk ngan senior2 yang dah kerja.

Petang tadi dapat sms dari KPZ takde air malam ni kat kolej,
Tapi air ada je.
Hopefully bangun pagi esok air ada lagi.
Jangan macam minggu lepas seharian Sabtu takde air.
Merana hidup mencari air...