Penjejak Tegar

Pertama kali saya melihat novel ini pada tahun lepas di MPH saya tertarik dengan tajuk dan penulisnya tidak pada covernya. Saya memang tertarik dengan tajuk-tajuk novel yang mengujakan seperti ini dan saya juga sedikit curious kerana sebelum itu Eyman Hykal menulis novel yang lebih ringan dan santai seperti Dekat di Hati dan Ke Mana Hatimu. Menyentuh mengenai cover novel ini pula, bagi pandangan mata saya ianya agak kurang menarik dan tidak mengujakan. Cover novel Tombirou Terakhir karya RAM tetap yang terbaik bagi novel Alaf21.

Sinopsis cerita ini tidaklah sukar untuk difahami kerana ia berjalan seiring dengan plot-plot yang ada kalanya mendebarkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa scene termasuklah endingnya yang sudah dapat dijangkakan. Tetapi kelemahan ini dapat ditutup dengan olahan plot yang melibatkan aksi antara hero dan penjenayah-penjenayah. Saya membayangkan babak-babak filem aksi yang pernah saya tonton apabila membacanya.

Lambakan novel-novel cinta di pasaran seolah-olah menenggelamkan novel-novel bergenre seperti di untuk bernafas selain daripada karya RAM dan ARA. Saya berharap agar kehadiran Meniti Maut ini menjadi pembuka jalan kepada penulis-penulis lain untuk menghasilkan novel-novel aksi yang lebih mantap.

Genre: Aksi
Tahap Kepuasan: 3.25/5

0 comments: