Penjejak Tegar

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari
JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita
ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui
internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan
banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta
sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak
berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada
makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan
amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli
dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.
Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang
mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum
arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,
mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak
berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang
melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah
(iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka
berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan
jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan
dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu
membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman
adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang
sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah
1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat
akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah
bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya
saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh
bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar
mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular
skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Sumber: my mailbox. sekadar berkongsi.

0 comments: