
Sinopsis cerita ini tidaklah sukar untuk difahami kerana ia berjalan seiring dengan plot-plot yang ada kalanya mendebarkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa scene termasuklah endingnya yang sudah dapat dijangkakan. Tetapi kelemahan ini dapat ditutup dengan olahan plot yang melibatkan aksi antara hero dan penjenayah-penjenayah. Saya membayangkan babak-babak filem aksi yang pernah saya tonton apabila membacanya.
Lambakan novel-novel cinta di pasaran seolah-olah menenggelamkan novel-novel bergenre seperti di untuk bernafas selain daripada karya RAM dan ARA. Saya berharap agar kehadiran Meniti Maut ini menjadi pembuka jalan kepada penulis-penulis lain untuk menghasilkan novel-novel aksi yang lebih mantap.
Genre: Aksi
Tahap Kepuasan: 3.25/5
0 comments:
Post a Comment